Solan Lazim: Hibah
-
Apakah Hibah?
J: Hibah adalah pemberian harta secara kasih sayang kepada sesiapa yang dikehendaki ketika Penghibah masih hidup dan tanpa balasan.
-
Adakah saya perlu mendapatkan persetujuan ahli waris yang lain sebelum saya menghibahkan harta saya?
J: Tidak perlu kerana ia adalah hak Penghibah sepenuhnya untuk menentukan kadar hibah dan kepada siapa harta tersebut dihibahkan.
-
Siapa yang perlu buat hibah?
J: Sesiapa sahaja boleh membuat hibah, namun bagi mereka yang mempunyai keadaan seperti di bawah, digalakkan untuk membuat hibah:
a) Ada anak perempuan sahaja.
b) Ada anak angkat.
c) Pasangan yang tiada anak.
d) Individu yang belum berkahwin.
e) Membeli harta secara bersama.
f) Mualaf yang ingin memberikan hartanya kepada ahli keluarga yang masih belum memeluk Islam.
g) Individu yang ingin memberikan hartanya kepada sesiapa yang diingini. - Adakah terdapat had/ kadar untuk saya menghibahkan harta saya?
J: Tiada had untuk Penghibah menghibahkan hartanya. -
Kepada siapa Hibah tersebut boleh dibuat?
J: Penghibah boleh menghibahkan harta miliknya kepada sesiapa yang dikehendaki tanpa mengira jantina, agama, bangsa dan warganegara.
-
Apakah harta yang boleh saya hibahkan?
J: Penghibah boleh menghibahkan harta dan aset yang didaftarkan di bawah namanya seperti hartanah, kenderaan, wang tunai, barang kemas, saham, syarikat dan sebagainya.
-
Bagaimana cara untuk saya membuat Hibah?
J: Hibah boleh dibuat secara lisan dan bertulis namun digalakkan hibah secara bertulis untuk mengelakkan salah faham dan pertelingkahan berkenaan harta hibah pada masa hadapan.
-
Saya ada membeli sebuah rumah namun rumah tersebut masih berada dalam cagaran bank. Bolehkah saya menghibahkan rumah tersebut?
J: Terdapat perbezaan pendapat ke atas hibah hartanah bercagar namun kini lebih ramai Hakim Mahkamah Syariah yang membenarkan hibah bercagar namun tertakluk kepada beberapa syarat. Antara syaratnya ialah:
a) Pemberi Hibah adalah pemilik berdaftar harta bercagar.
b) Mendapat keizinan pemegang cagaran.
c) Hartanah bercagar tersebut dilindungi insurans/ takaful sepenuhnya (contoh: MRTA, MRTT). -
Bolehkah Hibah ditarik balik?
J: Hanya hibah dari seorang bapa, ibu, datuk atau nenek kepada anak atau cucunya boleh ditarik balik.
-
Ibu saya ada menghibahkan kepada saya sebidang tanah secara lisan sebelum beliau meninggal dunia. Adakah Hibah tersebut sah?
J: Bagi kes ini, anda perlu memfailkan permohonan untuk mengesahkan lafaz Hibah tersebut di Mahkamah Syariah dan mengemukakan apa-apa bukti atau saksi bagi menyokong permohonan tersebut.
Related Articles
Soalan Lazim: Faraid
Solan Lazim: Hibah
Soalan Lazim: Wasiat
Soalan Lazim: Gangguan Orang / Pihak Ketiga
Questions? We're here to help